07 December 2015

Menjawab Persoalan SL1M-IBE TNB

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu,
Disaat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangimu,
Ku pasrah diatas kehendak yang ESA . . .

Kau Sahabat Kau Teman by Hijjaz


Memandangkan aku tengah takdak kerja dan atas permintaan rakyat Malaysia, aku berbesar hati nak cerita lebih lanjut pasal SL1M-IBE TNB. Kalau yang ni pun tak cukup jugak info, aku pun taktau dah nak buat camna kat hangpa. Sebab dulu masa aku masuk SL1M ni. Info hanya 1 poster dari TNB cerita apa benefits masuk. Tu ja. 


Lepas interview pun main redah ja sebab TNB panggil interview gila short notice. HAHA tapi Alhamdulillah aku disini merasa kerja dengan orang TNB. Gitewwwww!! Ok takyah bebel panjang, aku cuba jawab soalan-soalan berbangkit setiap kali TNB bukak SL1M ni.


Soalan apa yang akan ditanya semasa interview SL1M-IBE TNB?

Actually benda ni cliché. Soalan sama ja untuk semua interview. Tapi since ni SL1M saja, takdak la teruk sampai tanya soalan teknikal. Semua soalan lebih kepada borak-borak kosong. Tanya pernah buat apa? Kerja mana dulu? Ada apa-apa nak share. Kiranya memang sembang-sembang kosong. Interviewer nak tengok personality hang camna. Hang ni orang macam mana.

Masa aku interview dulu, aku sembang pasal aku pi travel. Kenapa aku suka travel? Pastu soalan dia, apa yang aku dapat dengan travel? Senang ja kan? Kalau hang tembak pun boleh. Tapi benda ni atas diri hang jugak. Sebab orang nak tengok kejujuran hang tu.


Masa interview kena Speaking London full dengan British accent ker?

HAHA kalau hang mampu kasi accent British. Kasi bubuh sahaja. Tapi macam aku katakan, ni SL1M ja. Takdak apa sangat pun. Before start interview interviewer ada cakap, kalau boleh cakap English dipersilakan. Tapi kalau nak cakap melayu pun takpa.

So aku sebagai seorang yang makan sambal belacan hari-hari Malay accent aku la paling hebat. Aku cakap fully Malay. HAHA janji ada topic menarik nak sembang dan paling penting JUJUR dalam kata-kata.



Interview dimana?

Ada yang bertanya interview dimana. Masa SL1M-IBE TNB Fasa 2 kumpulan 1a, semua kena interview di Dua Sentral dengan TNB HQ Bangsar. Tapi start Fasa 2 Kumpulan 1b dan Kumpulan 2 interview di negeri masing-masing. So untuk future interview dimana adalah sangat susah untuk aku nyatakan disini. Aku takdak mejik gitew :D



Bila boleh dapat keputusan interview?

Kalau tak silap aku, dulu aku interview hujung bulan Januari. Kalau tak silap 30/1/2015 dan aku dapat keputusan interview 26/2/2015. Pastu mintak lapor diri 2/3/2015. So memang tak berani nak jamin bila keputusan tu akan keluaq. Sebab SL1M Fasa 2 Kumpulan 2 baru-baru ni pun kalau tak silap aku lama jugak baru deme kena panggil. So kalau hang teringin nak merasa kerja TNB, sabaq jela.

pssst.... sekarang tengah inteview SL1M Fasa 2 Kumpulan 3 7/12-11/12 dan dijangka lapor diri 28/12. Awal pulak kan masuk?haha



Persiapan masuk ilsas?

Tak payah nak buat persiapan sangat. Macam mana masuk hostel sekolah dulu. Macam tu la hang siap. Cuma takyah la tanya nak keluar boleh ke tak. Sekarang hang staff, takkan nak keluaq pun tak boleh dan nak mintak kebenaran. Cuma kalau ada aktiviti pastu hang gatai nak merayau pusing IOI melampau la. HAHA

Kereta ka, lori ka, motor ka, nak angkut, angkut saja. Ni macam hang pi outstation ja. Cuma hang duduk sana sebulan. So lama la kan. Bawak baju cukup. Baju nak pi kelas. Baju riadah. Kain solat. Alat tulis. Settle.



Penginapan masuk Interview, kursus di ILSAS dan On Job Training(OJT)?

Ada yang menanyakan saya dari Kedah, datang interview penginapan disediakan tak? Errr aku macam taktau nak jawap macam mana. Selama aku hidup ni tak pernah lagi pi interview penginapan disediakan. Ya aku tahu ada company sediakan tapi ni interview untuk SL1M kot? Sorry kerajaan pun takdak bajet nak menampung semua tu. Guna logik la please. HUHU benda simple. Melainkan la interview untuk jawatan CEO mana-mana company, mungkin penginapan disediakan. Sorry :'(

Untuk kursus di ILSAS selama sebulan, penginapan akan disediakan. Sebab ILSAS memang tempat training untuk staff TNB dan memang ada hostel. So nanti bawak diri ja mai ILSAS, duit pun tak payah bawak sebab makanan pun diberi. Cuma nak suap dalam mulut tu kena sendiri la. HEHE #hambar

Masa OJT pulak, untuk batch aku Fasa 2 Kumpulan 1a semua OJT di area KL dan di kawasan/tempat TNB yang utama. Penginapan tidak disediakan tapi bagi yang OJT di stesen janakuasa yang ada kuaters boleh apply. Kalau nasib menyebelahi, ada kekosongan boleh la duduk kuaters.Tapi yang duk area KL tu sorry, kena sewa rumah.



Division mana akan diletakkan masa dalam ILSAS?

Tu aku pun takpasti camna dia nak tempatkan cuma nak kabo ada 6 division. Hang pikiaq la hang sesuai division mana. Budak-budak engineering aku taktau camna depa bahagikan tapi budak-budak bukan core business dah jelas dan pasti. Jangan tanya lagi, nanti kat sana pandai-pandai la….
Generation
Transmission
Distribution
IT
Human Resource
Finance
 

Adakah akan diserap?

Ni la soalan paling popular dan paling benci dan paling menyampah aku nak jawap. Sebab HR dah bagitau awal-awal yang program SL1M-IBE TNB adalah untuk memberi LATIHAN sahaja. Dan masa sesi dengan CEO baru-baru ni, CEO pun dah jawap yang tiada keperluan untuk mengambil pekerja. So kalau berangan masuk program ni untuk diserap, istigfar la banyak-banyak.

Kalau ada kekosongan pun TAKKAN DISERAP. Hang kena jugak pi interview dan ikut proses macam orang luaq nak mintak kerja dalam TNB. So istilah SERAP tu tak wujud. Hangpa bolot ja ilmu masa training kat sini, lagipun CEO cakap training under TNB pun dah gah. InshaALLAH ada company lagi hebat nak hired hangpa nanti. InshaALLAH.


Aku rasa dah cover semua persoalan dah kot. Kalau ada lagi tu korang email ja la soalan kat aku itubukansaya [at] gmail [dot] com. InshaALLAH aku balas. Email tu dah macam main whatsapp bagi aku. So tarak hal la kalau nak reply demi hangpa. HAHA

 ************
Ok sebelum aku bagi salam. Mari sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Tunku Abdul Jalil Ibrahim atas kemangkatan beliau. Sumpah aku sedih tapi ALLAH lebih sayangkan dia.


p/s: Tinggal lagi 85 hari sebelum habis training di TNB. All the best sapa join SL1M –IBE TNB

54 comments:

Fathin said...

Nice info baby.... Haha. Geli lak nk tulis baby tu..

ハミザ・ハスナン said...

Semoga dapat beri sedikit sebannyak gambaran la. Haha

Anonymous said...

aku masa interview, masuk2 je interviewer dh start speaking 'tell me about yourself' lps tu tnya pasal teknikal dalam bi. alhamdulillah la semua jawapan dapat jawab. hmm k tu je. lg 74 hari nak abis. bye kak long! haha

ハミザ・ハスナン said...

Hahaha normal la kalau dia cakap english. Boleh ja tanya nak reply in malay or english. Soalan teknikal tu mgkn bdk2 engineering. Or mgkn aku yg bertuah gitew. Hahaha yes 74 days to go. Apa2 pun, rezeki dan nasib tu dari ALLAH. So berdoa ja gitew.

Anonymous said...

Salam Kak,nk tanya sikit pasal sl1m tnb?


apakah dokumen yg perlu dibawa selain sijil2?
Ade apa2 esei atau test yg kena lakaukan ?

Kalo temuduga terbuka(8.30 am-5pm),bole ke kalo sy smpai lambat sedikit sb sy dari Perak kena bertolak ke Kedah?


Terima kasih kak

ハミザ・ハスナン said...

Waalaikumussalam

Sijil ja. Gambaq mungkin la dia nak sbb iv lain pon depa nak gambaq.

Kalau utk sl1m xdak ujian esei ka apa. Simple iv ja.

Pasal dtg lambat tu xpasti. Kena call Puan Jayenthi utk kepastian. Sebab dia kata temuduga terbuka. Selalunya kalau lambat ramai gila dah orang. Tapi tak tau la. Better call puan Jayenthi.

nur'ain adni said...

Salam kak..lapor dri utk tnb ni,dkt tmpt iv or mna?lps tu,ilsas ni dkt mna?tq kak..

ハミザ・ハスナン said...

Wasalam. Yang lapor diri tu tengok surat tawaran. Kalau dia kata lapor diri untuk softskill kat ILSAS. ILSAS dalam uniten bangi.

Kalau dia kata lapor diri on job training. Tengok dia bagi alamat mana. Apa2 pun tengok surat tawaran.

Kalau tak tulis. Call HR tanya. All the best dik :)

nur'ain adni said...

Tq for the info kak:-D

wana wani said...

salam sis..saya ada terima pra tawaran utk fasa 3 kumpulan 2..18 julai lapor diri.then tnb mntak buat mdical ckeup.andai smua ok bru d panggil ke Ilsas ke..saya dlm dilema lg ni nk g ke x..huhuhu..ya la dh 3 tahun graduate lupa dh segala ilmu yg ada..hehehe saya bidang IT..tolong bg nasihat skit boleh😁

ハミザ・ハスナン said...

Wasalam. Kalau dia suruh buat medical checkup maknanya dah terima la. Resit simpan nanti boleh claim.

Sama la kita IT. Xpa kalau dah lupa. Apa yang kita belajaq belum tentu kita buat benda tu. Sbb nanti kita akan belajaq apa company tu buat. So just guna basic IT ja. inshaALLAH semua ok.

Kalau rasa nak duduk dalam dunia IT lagi. Better try la. Sbb TNB antara company IT yang hebat jugak. Sekarang kerja ka tak?

wana wani said...

dh x kerja dh.setahun dah saya berhenti..skang business kcik2..hermm sygnya klau xp kn..ok tq sis😉

ハミザ・ハスナン said...

Kalau buat biz kecik2. Better pi ja. Sbb biz still boleh jalan even dah masuk SL1M. Nnti boleh promote kat orang2 TNB. Hehe btw all the best. Tak rugi mencuba. Peluang tak selalu datang

Chord Malaysia said...

senang sekali saya baca ceritanya, seru juga, keep posting !!

Unknown said...

So sekarang ap cita.. keje dgn tmb ka?

shahariffin Shahariffin said...

So sekarang ap cita.. keje dgn tmb ka?

ハミザ・ハスナン said...

Skrg tak kerja dgn tnb sbb tnb xda jawatan kosong hahahahahahhahahahahahahahahahaha *gelak kecewa*

noor izzatul said...

Nak tanya masa checkup kena beria sampai xtray tak? Ke tunjuk je borang yg dia bg dekat doc? Haha cuak ni. Thankss

ハミザ・ハスナン said...

Kalau tak salah akak tak payah xray. Bagi ja borang checkup tu. Nanti pepandai la doc tu. Kalau dia tny nak xray ka tak. Ckp xnk. Hahah

Zakiah Zainudin said...

Salam, saya dapat pratawaran untuk sl1m tnb ni. Tp saya agak dilemma sama ada nak teruskan atau sambung master. Boleh minta pandangan mana yang lagi better?

Zakiah Zainudin said...

Salam, saya dapat pratawaran untuk sl1m tnb ni. Tp saya agak dilemma sama ada nak teruskan atau sambung master. Boleh minta pandangan mana yang lagi better?

ハミザ・ハスナン said...

Wasalam. Sekarang kerja ka tak? Cer email ke itubukansaya@gmail.com boleh sembang panjang sikit.

shashierra said...

Assalam awak... Saya pn ade trima offer utk SL1M TNB intake nov,tapi skg tgh keja, dilemma nk p ke dak? Huhuhuhu... If dia offer kita ILSAS tu tempoh brapa lama ya? Pastu utk OJT tu kena tunggu lama x after habis ILSAs tu?

ハミザ・ハスナン said...

Wasalam. Training kat ilsas 2 bulan. Sebulan masa daftar dan nanti masa OJT dia akan panggil lagi sebulan.

After ILSAS terus masuk OJT. Sbb placement mmg diberi oleh TNB utk OJT. Habis kursus di ilsas jumaat. Isnin depan kena lapor diri OJT dah. Hurmm kalau kerja skrg xsetaraf dgn degree dan gaji sikit. Better terima offer TNB. Tp kalau dah stabil. Better jangan. Awak kerja mana?

shashierra said...

Owhhhh... I see... Means after ILSAS tu xmenggngur la kan... Risau jugak part tu... Huhuhu... Tapi parent memang suruh pegi la yg SL1M TNB nie... Skg keja besa2 je kt kemaman, ganu... Huhuhuhu

ハミザ・ハスナン said...

Yup. Kiranya lepas training sebulan di ILSAS. Lagi 7bulan dah terjamin kerja dengan TNB. Cuma lepas habis program SL1M, kalau TNB xoffer kerja. Kena cari kerja lain.

shashierra said...

Baik2... Thank you tau awak for your respond... Really appreciate... =)

ハミザ・ハスナン said...

No problem. By the way. All the best. TNB best!! :3

Anonymous said...

Salam akak. Sy dpt offer sl1m TNB ni. Akak bg email akak boleh tak sbb ada benda sy nk tanya psl borang dia :)

ハミザ・ハスナン said...

Wasalam
Ni email itubukansaya@gmail.com

Anonymous said...

Assalam sis..sy dpt pra-offer utk intake 26sept ni..pstu da anta medical report..tp smpi skg xde offer rasmi lg..try col n email hr nk tanya lgsung x berbalas..time sis dlu,,bpe lme kne tggu utk offer rasmi tu ea?

ハミザ・ハスナン said...

Kami xdak pra offer. Kami terus dapat offer ja dulu. Adik email akak. Akak bg contact number yg adik boleh contact. Email itubukansaya@gmail.com

nuha said...

Assalam nak tanya, sepanjang tempoh ILSAS tu kita boleh resign ke if dapat tawaran kerja lain contohnya?

ハミザ・ハスナン said...

Waalaikumussalam. Boleh ja resign janji dapat kerja lain yg setaraf dgn kelayakan or ada masalah kesihatan. Dan kena bagi notis dulu 2 mggu kalau tak silap.

Masa batch kami ada ja yg dah resign before tamat program :)

Anonymous said...

assalamualaikum, nak tanya resit Medical Checkup nak bagi time bila ye?

Anonymous said...

nak tanya ada kemudah apa je ye? contoh dobi, wifi, iron dsb?

ハミザ・ハスナン said...

Waalaikumussalam resit keputusan Medical Checkup or resit nak claim duit?

Kalau result mungkin kena emailkan balik ke email yg dpt pratwaran tu rasanya. Sbb dulu kami xda pratawaran.

Kalau resit claim. Bg masa daftar.

ハミザ・ハスナン said...

Dalam ilsas ada bilik TV, coway, bilik iron. Dobi kena pi bangi. Ada parking. Ada wifi tp tak semua bilik dapat. Ada abam dan akak tnb yang manis ehh. Haha

Anonymous said...

yup resit claim, beratus jugak kena bayar untuk MC je huhu maklumlah short notice, private je boleh dpt result cepat. thankyou reply

ハミザ・ハスナン said...

Bagi masa daftar. Nnti diorang akan mintak. Kalau xsempat claim time tu. Resit valid utk 3 month. So within 3 month tu jgn lupa buat claim la. Hehe

Anonymous said...

pakaian ke kelas selalunya pakai apa je?

ハミザ・ハスナン said...

Pakaian pi kerja. Sopan. Tak menjolok mata.

Anonymous said...

Sy tgh praktikal (degree iislamic finance) dan habis bulan jun ni.. kalau saya mohon utk intake september..diterima ker? Sbb sy bru menganggur 2 bln..

Anonymous said...

Sy tgh praktikal (degree iislamic finance) dan habis bulan jun ni.. kalau saya mohon utk intake september..diterima ker? Sbb sy bru menganggur 2 bln.

ハミザ・ハスナン said...

Boleh ja. Sbb ada yg fresh graduate yg xsempat menganggur pn dpt. Cuba ja. Rezeki tu dari allah. All the best dik!! :)

Keresahnia Ramadas said...

Akak kalau dah dapat surat...nak tanya pasal info lain boleh call siapa ? Ada tak person in charge utk slim ni yg boleh refer dan contact ?

ハミザ・ハスナン said...

Pada surat tak ada nombor telefon?

Hurmm try call nombor ni 03 2296 6660 Puan Jayenthi email : jayenthir@tnb.com.my

Nurul Faizah said...

Hai. Nak tanye. Kalau pregnant kan. Agak2 sesuai x? Risau jgak la. Sebab kite dpt tawaran slim tnb ni.

Nurul Faizah said...

And sepanjang dkat ILSAS tu bleh mintak cuti x kalau ada kecemasan?

ハミザ・ハスナン said...

Boleh ja cuti. But sebulan entitle 1 hari. If lebih kira unpaid leave la

mas2ramokhtar said...

salam..
nak tnya penginapan kt ILSAS macam mana ye?.. besar ke biliknya? boleh ke bawak banyak barang?.. katil double decker ke?.. ade locker atau almari baju ke disediakan?

mas2ramokhtar said...

dan lagi satu nk tnye.. prog outward bound school (OBS) ni ape je antara aktivitinya?

harap boleh membntu

tq in advance... :)

izzam izmawie said...

Salam.. sya bru dpt slim tnb kt ILSAS selama 6 bulan... Ok ke x slim ni.. hmmm

nuha said...

mas2ra: bilik di ilsas macam asrama..sharing dua/4 orang satu bilik..boleh tahan besar..katil sorang satu bukan double dacker..ada meja tulis and locker..sinki dalam bilik..OBS tu camping kat dalam hutan..so basically bawa barang2 keperluan untuk camping selama 5 hari..have fun!

izzam: yes sl1m TNB sangat membantu untuk dapat pengalaman dari segi soft skill..banyak boleh belajar kat sana dan semua free.