26 June 2015

Pengembaraan Mencari Tuhan : Medan Indonesia

I wanna be a billionaire so freakin' bad 
Buy all of the things I never had 
Uh, I wanna be on the cover of Forbes magazine 
Smiling next to Oprah and the Queen 

Billionaire by Bruno Mars


First aku nak gelak dulu. HAHA sorry guys. Sumpah busy gila. Sejak duduk under Technical Expert tak menang tangan aku dibuatnya. Aku siap angkat kaki naik atas meja untuk buat semua tugasan yang diberi tipu. Seperti yang dijanjikan. Aku nak sembang sikit-sikit pasal trip ke Medan Indonesia pada Januari 2015 ritu *lama gila dah kot tapi arghh suka hati aku la nak cerita jugak huhh*

**************

So biaq aku start with budget untuk 4 hari 3 malam.

1. Tiket return : RM157
2. Pakej (Makan + Penginapan + Tix wisata + Transport) : RM 405***

Total : RM 562 (Tak termasuk souvenir) 

***harga pakej ni boleh lagi murah kalau bawak lagi ramai :) case aku bawak 7 orang plus 1 orang. Plus 1 orang tu jumpa kat Medan. Stranger yang datang solo trip dan join group aku. HAHA stranger sangat. Rupanya junior aku kat UITM Shah Alam tu. HAHA tapi memang tak kenai pun. Nak suruh berkenalan kat Medan letew. Ok dah.

Actually ni first time aku pergi luaq dari Malaysia. So excited dia macam cinta pertama. Hurmm tapi dalam hati ni sentiasa duk ingatkan diri. Jangan nak seronok sangat. HAHA walaupun memang seronok pon. HAHA alhamdulillah selamat pergi dan pulang pun dah.

Ni pulak itinerary yang aku dapat dari Tour Guide aku. Berbulan-bulan aku mesej dia risau punya pasai. HAHA


Tour Guide aku nama Husain dan kalau hangpa teringin nak pi Medan adalah sangat-sangat direkemenkan. Sebab?

1. Hang dilayan macam family. (Siap pi rumah mak mertua kawan dia makan sana)
2. Servis tiptop - Member aku sakit masa trip. Dia usung pi Hospital
3. Layanan + cara bergaul + bertukar idea - Rasa cam dah lama kenai.
4. Muslim jangan risau. Depa semua solat. So bab solat jangan risau :3 mioww

Ni contact no Husain +62 821 6105 1609 ke hang nak nombor tepon aku? ehh HAHA sorry-sorry.

Disebabkan aku pun dah tunjuk itinerary kiranya malas la nak explain panjang-panjang. Yang aku boleh cakap setiap masa hang ada kat sana. Hang tengok keindahan ciptaan Tuhan. Hang rasa sebak, subhanallah cantiknya ciptaanMu. Gunung-ganang macam kat Switzerland. Ni aku belanja sikit gambaq-gambaq aku kat sana....

Gambaq wajib. Boooooo!!!



















***ada ja pic yang aku dah edit kasi lighting + iso + exposure + whatever bagai kasi cun gambaq-gambaq ni. Tapi aku taktau pi mana. HAHA layannnnnn~~

Hang nak tau dak? Kamera aku saja ada dekat 1000++ gambaq. Tu tak termasuk dengan 2 orang Tour Guide aku. So aku rasa plus minus mau dekat 5K keping jugak gambaq yang ada. Cukup la yang ni aku tunjukkan??? HAHA

p/s: Next entry aku nak cerita antara pengajaran + kebesaran ALLAH yang aku dapat sepanjang perjalanan ke Medan Indonesia *bila nak update tu aku taktau* HAHA

To all muslim all around the world. Selamat Mengamalkan Ibadah Puasa ;3