31 January 2014

Jiwa Kosong

" Kita takkan dapat apa yang kita nak tapi kita akan dapat apa yang kita mahu " - Caen


Kadang-kadang dalam kehidupan ni kita nak macam-macam. Nak itu nak ini. Tengok tu teringin tengok ni teringin. Semua la kalau boleh dapat nak. Tapi bila buangkan emosi, campakkan nafsu, waraskan pemikiran dan berfikir. Dalam hidup ni sebenarnya aku nak apa? Apa yang aku cari? Apa yang aku perlu? Apa yang aku mahu?


Krik krik krik . . . NOTHING? 


Nothing bukan bererti aku taknak apa-apa kat dunia ni. Tapi nothing yang membawa erti aku taktau apa yang aku perlu dan mahu dalam kehidupan ni. Aku rasa kosong. Jiwa aku kosong. Hari-hari yang dilalui hanyalah hari, bukan sesuatu yang aku nak. Hari silih berganti tapi pengisian hari hanyalah kosong.


Hidup aku bosan . . . sepi . . . tercari-cari . . .

Syurga vs Neraka

Kalau sembang bab agama mesti kita akan bayangkan 2 golongan sahaja. Ahli syurga or ahli neraka. Tu memang normal. Tapi hari tu aku tersentap member aku cakap " Kita ni buat la apa pun, dah tentu masuk neraka. Lepas tu baru masuk syurga inshaALLAH".

Err kenapa aku sebelum hanya mengkategorikan manusia kepada dua golongan? Sedangkan ALLAH dah cakap sekecil-kecil dosa pun akan dapat balasan. So paham-paham la maksudnya. Aidil pun cakap tadi, yang membezakan kita semua sekarang hanyalah berapa lama kita nak duk dalam neraka tu. Nak bersihkan balik dosa-dosa yang pernah kita buat.

Aku terpikir panjang. . . . . . . .